Santo Patrick Hari St Patrick

Rencana utama: Santo Patrick

Walaupun tidak banyak yang diketahui mengenai kehidupan awal Patrick, namun beliau dipastikan lahir dalam sebuah keluarga Rom-British yang kaya-raya di pulau Britain yang dinaungi oleh Rom pada abad ke-5. Bapa dan datuknya paderi gereja. Ketika berusia 16 tahun, Patrick diculik oleh seberapa orang penyamun yang membawanya ke pulau Ireland, Patrick ditahan di sekitar pantai barat pulau tersebut sebagai hamba.[1] Menurut Pengakuannya, beliau bermimpi bahawa Tuhan memfirmankannya agar melarikan diri ke pantai untuk menaiki kapal untuk pulang ke Britain. Sekembalinya ke Britain, beliau terus menyertai suatu Gereja di Auxerre di Gaul lalu menelaah untuk menjadi paderi.

Pada tahun 432, beliau mengaku diseru kembali ke Ireland agar menjad uskup memimpin menyelamatkan bangsa Ireland dengan menyeru ke arah agamanya; beliau berjaya berbuat demikian dari kaum kerabat, bangsawan sampailah ke rakyat jelata memlaui pengunaan budaya mereka sendiri sebagai bentuk pengajaran yang sejadi.

Setelah menghabiskan hampir 30 tahun mengajar dan menyebarkan agama Kristian, Patrick menghembuskan nafas terakhirnya pada 18 Mac 461 M, lalu dimakamkan di Downpatrick menurut penceritaan lama. Sungguhpun disusuli oleh mubaligh Rom yang lebih berjaya di Ireland, namun Patrick bertahan sebagai pejuang utama agama Kristian di Ireland, oleh itu beliau amat disanjungi dalam Gereja Ireland.